PROSES MANUAL PEMBANGUNAN TANAH
Penafian : Panduan ini disediakan secara umum untuk panduan asas bagi permohonan-permohonan urusan di Pejabat Tanah dan Daerah. Panduan-panduan proses yang dimuatkan di Laman Web ini mungkin berbeza daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh negeri.

1. PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH
(Seksyen 142 Kanun Tanah Negara)

MAKLUMAT AM

Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada dua(2) bahagian atau lebih. Tiap-tiap satunya akan dipegang oleh pemilik tanah yang sama atau oleh pemilik-pemilik tanah bersama yang sama di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.

PROSEDUR

  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
  • Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan

DOKUMEN

  • Mengisi 3 salinan Borang 9C yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;
  • Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  • ‘Memorandum and Article’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
  • Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
  • Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
  • Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4 C);
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

  • 0 hektar hingga 10 hektar – RM 100.00
  • 10 hektar hingga 50 hektar – RM 300.00
  • 50 hektar dan lebih – RM 500.00
  • (Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)

KUASA MELULUSKAN

  • Pentadbir Tanah – Hakmilik Pejabat Tanah
  • Pengarah Tanah dan Galian – Hakmilik Pejabat Pendaftar


2. PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH

(Seksyen 137 Kanun Tanah Negara)

MAKLUMAT AM

Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih. Tiap-tiap satunya akan dipegang oleh pemilik tanah yang sama atau oleh pemilik-pemilik tanah bersama yang sama di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.

PROSEDUR

  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
  • Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

DOKUMEN

  • Mengisi 3 salinan Borang 9C yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;
  • Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  • ‘Memorandum and Article’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
  • Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
  • Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
  • Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4 C);
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

  • 0 hektar hingga 10 hektar – RM 100.00
  • 10 hektar hingga 50 hektar – RM 300.00
  • 50 hektar dan lebih – RM 500.00
  • (Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)

KUASA MELULUSKAN

  • Pentadbir Tanah – Hakmilik Pejabat Tanah
  • Pengarah Tanah dan Galian – Hakmilik Pejabat Pendaftar
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

  • Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri

KUASA MELULUSKAN

Mengikut Undang-undang/ Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Negeri.

Sumber: http://www.kptg.gov.my

About these ads