Assalamu’alykom,

 
Untuk mereka yang bercuti pada hari Jumaat, atau dapat datang awal ke masjid pada Jumaat, cubalah rebut fadilat Surah al-Kahfi. Samada di baca keseluruhan-nya 110 ayat, ataupun sebahagian-nya sahaja.
 
Fadilatnya, dari:
 
 
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)

Semoga bermanfaat
 
Sekian dan Salam Jumaat
About these ads