(SUMBER BACAAN/RUJUKAN : MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH – Mustapha
Mohamed Al-Jiasi)

NAFSU AMARAH

Merupakan peringkat nafsu yang terendah dan terdedah kepada godaan syaitan
dengan mudah. Mereka yang diperingkat ini tidak membezakan baik dan jahat
perbuatannya. Mereka tidak merasa kesal di atas kejahatan yang dilakukan
malah berasa gembira di kalbunya. Nafsu Amarah ini adalah serendah-rendah
darjat dan sejahat-jahat nafsu. Ilmu yang banyak, mahu pun status sebagai
alim ulamak… tidak menjamin selagi adanya tanda-tanda ini di kalbu.

Antara tanda-tanda Nafsu Amarah :

1. Bakhil

2. Tamakkan harta dunia

3. Suka berangan-angan

4. Sombong

5. Cintakan kemegahan & perhatian

6. Hasad dengki

7. Pendendam

8. Busuk hati / khianat

9. Lalai

NAFSU LAWWAMAH

Selalu merasa bersalah, mengkritik diri sendiri apabila melakukan dosa.
Ianya lebih baik dari Nafsu Amarah. Namun… Nafsu Lawwamah bukanlah jaminan
kepada kesucian kalbu kerana masih terlanjur melakukan dosa-dosa. Cuma di
peringkat ini… wujudnya kekesalan dan ketakutan apabila telah melakukan
dosa.

Antara tanda-tanda Nafsu Lawwamah :

1. Mencela kesalahan diri sendiri

2. Berfikir (membuat pertimbangan)

3. Takut apabila melakukan kesalahan/dosa

4. Hairan kepada diri sendiri (‘ujub) kerana perasan yang dirinya sudah
lebik baik

5. Merasa tidak selesa / tidak suka kepada kejahatan

6. Mahu orang melihat kebaikannya (riak)

7. Suka mendengar kata-kata pujian dari orang lain

NAFSU MULHAMAH

Nafsu yang sudah menerima latihan, melalui beberapa proses penyucian dari
sifat-sifat hati yang tercemar (Amarah dan Lawwamah) melalui jalan kesufian.

Antara tanda-tanda Nafsu Mulhamah :

1. Tidak gilakan harta

2. Berasa cukup / bersyukur dengan apa yang ada (qana’ah)

3. Berilmu ‘laduni’ (ilham)

4. Perasaan merendah diri kepada Allah (tawadhu’)

5. Taubat yang benar-benar hakiki

6. Kesabaran yang tinggi

7. Tahan menanggung kesusahan

Mereka yang di tahap ini boleh dikatakan baru mulai masuk ke sempadan maqam
wali iaitu mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat
(syuhud) tetapi belum begitu kukuh jika tidak istiqamah.