Imam Abi Hamid Al-ghazali

menerangkan dalam kitabnya Al-maqshadul asna syarhi asmua illahil Husna,
halaman 82:

 

Sebuah wirid menerangkan, Rasulullah
SAW berkata: Ismul a’zam terdapat dalam dua buah ayat. Pertama ayat
“Wa ilaa hukum… sampai akhir
(Ar-Rahmin)”
. Dan kedua, ayat permulaan surah
Ali imran, iaitu
“Alif
laaam miin… sampai akhir (alqayyuum)”.

 

Selain itu Imam Al-ghazali
menerangkan: ada sebuah hadits yang menerangkan bahawa pada suatu peristiwa
Rasulullah SAW mendengar seseorang yang mengucapkan doa seperti yang tersebut
diatas  lalu Rasulullah SAW berkata:
demi diriku yang dijadikan Allah, sesungguhnya dia berdoa
dengan ismul a’zam. Apabila meminta dengannya nescaya diberi Allah dan apabila
berdoa dengannya, nescaya diperkenan Allah

About these ads