Pemegang unit akan dicukai keatas agihan yang diterima daripada saham/harta amanah. Pendapatan yang diagihkan telah termasuk kredit cukai dimana sebenarnya cukai telah pun dibayar oleh syarikat saham amanah. Pemegang unit ekmudiannya boleh menggunakan kredit cukai dalam pengiraan cukai kena dibayar bagi dirinya. Jika ada lebihan daripada kredit cukai keatas jumlah cukai perlu dibayar, pihak LHDN akan mengembalikannya kepada pemegang unit.

Pendapatan yang diagihkan daripada pendapatan/laba yang dikecualikan cukai hasil penjualan pelaburan (saham/hartatanah) oleh unit amanah /hartatanah adalah tidak dikenakan cukai pada tangan pemegang amanah.

Pemegang amanah yang memilih untuk menerima agihan pendapatan dalam bentuk unit amanah yang baharu boleh dikatakan sebagai telah membeli unit-unit baru dan ia tidak tertakluk kepada cukai.

Laba yang dibuat oleh pemegang unit daripada pindahan atau penebusan unit dikenali sebagai laba modal dan tidak dikenakan cukai.