Saya masih ‘mendidih’ apabila teringatkan kisah ini: Di tempat kerja lama saya, pada hari tersebut saya ada temujanji dengan doktor dan telah maklumkan terlebih dahulu kepada bos tempat kerja saya melalui e-mail bahawa saya lewat sampai ke pejabat pada hari tersebut. Dia membalasnya dengan OK. Apabila saya tidak muncul di pejabat pada pagi tersebut, tanpa menyemak emailnya atau menyemak dengan saya, beliau telah membuat laporan ke HR.

Saya menjadi sangat marah kerana dia tidak mempercayai saya kemana saya pergi. Dan dia menyatakan saya tidak berminat lagi dengan kerja saya, ia adalah satu kenyataan yang keterlaluan. Jika betul saya tidak perlukan kerja ini, saya sudah meletak jawatan pada hari kejadian tersebut.

Kisah ini menggambarkan bagaimana sikap “kurang percaya” sesama rakan setugas boleh menjejaskan perhubungan seseorang. Kata pepatah orang tua-tua, kepercayaan adalah umpama sejalur kapas pada sehelai kain yang saling memerlukan. Begitu juag bagi rakan setugas yang tidak ada sifat saling mempercayai akan turut menjejaskan sesebuah organisasi. Dan sekiranya anda tidak mempercayai ketua anda, bagaimana anda dapat melaksanakan tugas anda dengan baik?

Salah satu cara membangkitkan persekitaran saling mempercayai adalah dengan menyatakan apa yang betul (telling the truth). Kejujuran merupakan polisi yang terbaik. Apa akan terjadi apabila ‘pembohongan’ menjadi tidak terkawal dalam persekitaran korporat, lihat apa yang berlaku kepada ENRON,