Sana-sini sering kedengaran lelaki suka wanita lebih muda untuk menjadi pasangan, namun terdapat trend baru yang segan menonjol dalam masyarakat – wanita suka lelaki lebih muda.

Satu kajian yang dijalankan oleh satu laman web sosial pada tahun 2007, melibatkan 50,000 orang wanita berusia 30 tahun ke atas mendapati, satu pertiga daripada responden menunjukkan minat kepada lelaki yang sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda daripada mereka.

Pada tahun 2003, kaji selidik AARP (American Association of Retired Persons) mendedahkan, 34 peratus daripada 3,500 wanita berusia antara 40 hingga 69 tahun menjadikan lelaki 10 tahun lebih muda sebagai teman.

Anda bagaimana?