hr

Kita berpuasa ibarat pergi ke pantai.

Jika kita ke sana untuk berehat di dalam bilik resort – kita akan dapat rehat.

Jika kita ke sana membawa peralatan untuk snorkeling, kita akan melihat keindahan didalam air.

Andai kita ke sana untuk mencari tiram-tiram / kepah dan mutiara – kita akan menjumpainya.

Andai kita ke sana untuk mencari minyak – kita akan menjumpainya juga.

Maka, kita akan dapat apa yang kita hajatkan.

Begitu juga puasa, bagi peniaga – bulan ini adalah peluang untuk mendapat keuntungan berlipat ganda – kadangkala sanggup mengorbankan puasa sendiri untuk mengejar kekayaan – memang itu yang mereka akan dapat.

Ada jua yang berniat mendapatkan berkat & rahmat dengan mengisi ramadhan melakukan ibadat.