Jika ditakdirkan Dato CEO atau sekurang2nya boss kita memanggil kita 2 kali sehari, pukul 1:30 tengahri dan 4:30 petang untuk mengadap beliau dan update segala urusan kerja, cuba tanya hati kita, apakah kita akan hadir seperti yang diminta atau kita akan melewatkannya dengan alasan utk memudahkan kita atau apa saja alasan yang kita cipta?

Jawabnya, tidak mungkin, memandangkan kedudukan dan jawatan mereka yang kita hormati (ke sebab kita gerun eh?) maka itu kita akan hadir lebih awal dengan segala persiapan laporan yang lengkap dan canggih. Mungkin kita akan terpacak di depan biliknya pada pukul 1 tengahri dan pukul 4 petang dengan siap siaga dan bersedia.

Juga boleh kita tamsilkan, jika ditakdirkan raja memanggil kita utk diberikan pingat gagah berani, ahli mangku dll, pastinya kita akan membuat persiapan yang lama seperti memilih pakaian yang sesuai dan hadir pada hari rehearsal spt yg diminta. Tidak mungkin juga utk kita dtg lewat setelah nama dipanggil atau kita hadir dgn pakaian yg tidak sesuai utk sesi mengadap raja.

Begitulah. Kerana hati kita sangat merasakan kebesaran jawatan/pangkat atau kedudukan yang diberikan manusia di dunia ini; juga sebagai tanda hormat pd mrk tersebut, maka kita akan berusaha sedapat mungkin datang dgn penuh beradap, tidak lewat dan lengkap dgn segala persiapan sewajarnya.

Dgn ini, terfikirkah kita, sewajarnya dan selayaknyalah kita senantiasa bersiap sedia dalam mengadap raja segala raja iaitu Allah Yang Maha Agong Lagi Maha Hebat.

Agak biadap kita jika kita hadir solat zuhur pukul 4 ptg kerana hendak terus solat asar pd pukul 4:30 ptg. Atau kita hadir utk solat dgn pakaian yg tidak kemas; telekong atau pakaian yg tidak berbasuh atau tshirt yg sudah lusuh. Alangkah tak beradapnya kita!

Kenapa ye? Agaknya kita rasakan pertemuan tu tak penting agaknya, hati kita pun belum dpt merasakan pentingnya pertemuan itu, hati kita juga belum dpt merasakan betapa perlunya kita menjadi ‘orang awal’ dlm majlis pertemuan itu.

Atau mungkin juga tanpa kita sedari, ‘raja segala raja’ tidak memilih kita atau tidak mengutamakan kita utk menjadi orang awal mengadapNya, kerana dosa2 kita atau krn kita hanya layak mengadapNya pd akhir2 waktu dan lebih membimbangkan lagi, satu hari nanti kita tidak dibenarkan mengadapNya lagi :-((

Bila dilaungkan ‘marilah mendirikan sembahyang’, Rasulullah saw mengajar kita supaya menyahut lebih kurang sebegini bunyinya ‘tiada daya upaya melainkan dengan keizinan Allah jua. Maksudnya, apa juga perbuatan baik kita, jika Allah tidak izinkan ianya tidak akan berlaku.

Dari itu, pekalah dan mohonlah kekuatan dariNya agar kita dapat mengadapNya di awal waktu dan kita dapat mengutamakan apa yang sepatutnya kita utamakan.