Nabi saw. ada menyatakan dalam hadisnya – puasa pada awalnya adalah rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah jaminan dilepaskan azab.

Petikan dari Majalah Al-Jaziran Arab Saudi Edisi 4 Ramadhan 1425

Andrea Wider seorang Amerika membuat kajian dan merumuskan seperti berikut:

  1. Puasa dapat memperbaharui 10% sel-sel tubuh badan pada 10 hari pertama berpuasa, 66% pula pada 10 hari  kedua, dan 100% sel-sel tubuh badan diperbaharui pada 10 hari terakhir berpuasa.
  2. tahap kecerdasan dan kemampuan untuk menumpukan fikiran semakin bertambah pada siang hari bulan puasa kerana segala tenaga tidak dibazirkan untuk mencernakan makanan.
  3. Daya imun dan tahap kekuatan mental bertambah secara perbandingan 10x ganda sebelum mula berpuasa.
  4. Peningkatan garam sodium didalam ginjal(kidney). Garam sodium ini berperanan melarutkan batu-batu karang dalam ginjal.
  5. Glycogen dari hati ditukar menjadi glukosa, satu-satunya keperluan otak manusia.
  6. Puasa dapat menurunkan hormon lelaki dan wanita sekaligus membantu mengawal tahap nafsu.
  7. Selain fisikal, puasa mendatangkan kerberkesanan jiwa dan rohani.
  8. Puasa dapat membantu pembakaran lemak-lemak dan kolesterol dalam badan.