Fahaman Wahhabi keluar dari mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat. Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk-Mufti Pehin Ismail (Mantan Mufti Brunei DarusSalam)

Baca lanjut angkara Wahhabi disini
http://al-ghari.blogspot.com/2009/09/salahfaham-fatwa.html

Punca perpecahan umat Islam di Malaysia hari ini akibat fahaman Wahhabi. Berhati hati dengan ulama Wahhabi yang menular di Malaysia dan berkubu di Kelantan.

Baca pesanan Wali Allah Abdullah Fahim

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan – tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum – hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk – buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.”- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani’ah & Abu Zahidah