Sehari sebelum Krismas, 24-12-2009 aku menjalani rutin tahunan – pemeriksaan kesihatan tahunan – termasuk dalam ‘Term of employment’.

Pada minggu sebelumnya, aku menelefon Hospital Ampang Puteri untuk membuat temujanji berkaitan dengan medical checkup ini – suara manis di sebelah sana berkata ‘maaf encik, fully booked la – tahun depan boleh?’. Dalam hati aku berkata…’aku nak buat dalam tahun ni…kalau tahun depan aku dah bagitau awal’.

Kemudian aku mencuba nasib di Hospital Pantai pulak – sebab tahun 2007 & 2008 aku dah buat kat sana…rasanya macam dapat lah sikit privilege…harammm!!! jawapan yang aku dapat sama juga. Aku pun dah macam hilang minat lah…hrmmmmm biar lah tahun ni tak buat, aku nak buat awal tahun depan aja [2010].

Pada petang 22-12-2009 aku saja gatal jari dial ke Hospital Gleaneagles Intan Ampang – errr saya nak buat full medical check up lah…ada kosong tak? suara di sebelah sana kata….’maaf encik kami dah fully booked…tapi tak apa – encik bagi contact number – kalau ada sapa2 yg cancel nanti kami slot kan encik lah – boleh? aku terus kat ‘BOLEH’ kemudian aku berikan no telefon aku.

Grrrrrr grrrrrrr grrrrrrr!!! henfon aku bergegar pada petang 23-12-2009 – Encik XXXX ke ni? ye saya – aku jawap – ni saya dari Gleaneagle nak bagitau ada orang cancel – esok pagi encik boleh datang? boleh – jawab aku. Kalau macam tu – encik kena berpuasa malam ni – jgn makan lepas jam 10 mlm – minum air kosong tak apa’

So pada 24-12-2009 aku pun menyerah diri pada nurse di Gleaneagle Ampang.

1. Ambik ukuran tinggi – 165cm

2. Ambik berat – 63.5kg

3. Ambik bacaan mata – last line aku tak nampak hehehehe!

4. Cucuk ambik darah – tempat cucuk ni lebam – nurse ni nampak dah dekat 50’an tapi tak berapa reti cucuk jarum nak ambik darah…ngeri pulak aku – so far nurse yang buat – dia cucuk mcm gigitan nyamuk aja

5. Doktor panggil – check sana sini – ketuk lutut – ketuk jari – ketuk perut – raba leher – raba/kira tulang selangka – jelir lidah – tengok tekak – check BP

6. Kena minum air – aku belasah 6 cups – untuk kembangkan bladder supaya senang nak scan – scan ginjal – pankreas – liver – bladder – prostate – Doktor kata ada tumbuh daging sikit kat mana ntah – aku lupa – cuak juga aku

7. Tangkap x-ray

8. ECG – biasa la – wayar sambung satu badan

9. Stress-test – mampu habiskan 4 level

10. Temujanji keputusan pada 14-1-2010 jam 4 petang

11. Menjamu selera di DOME dengan kupon percuma hadiah drp DOME kepada pelanggan Gleaneagle yang lulus stress-test heheh

So..sama-sama tunggu result medical check-up aku tu – rasa2nya kolesterol ada sikit naik tu…