Nama botani: Helminthostachys zeylanica

Famili: Ophiglossaceace

Pengenalan

Paku pakis dari keluarga ophiglossaceace ini boleh dijumpai dikawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia ia paling banyak dijumpai di kelantan dan terengganu Selalunya ia dijumpai di kawasan redup yang terbuka dan bertanah liat atau laterit seperti di kebun getah.Ia hanya dijumpai dikawasan bertanah rendah.Di jawa ia di jumpai di pinggir hutan atau dibawah semak yang jarang hingga kekawasan yang ketinggianya hampir 400 meter dari paras laut.Pertumbuhan pokok ini juga dikatakan bergantung kepada sejenis kulat yang terdapat didalam tanah.Spora yang diterbangkan angin memerlukan kulat tersebut sebelum dapat bercambah.Batangnya berupa rizom di bawah tanah dan dari rizom ini munculnya akar-akar serabut yang tebal.Daunnya adalah dari jenis daun majmuk yang terdiri dari banyak anak daun. Bahagian paling atas yang merupakan sporangium yang terbuka menegak keatas. Sporangium ini tersusun rapat tetapi tidak melekat antara satu sama lain dan membentuk kapsul yang hampir bulat bentuknya.Pada kapsul tersebut terdapat satu garis pembahagi(fisura). Apabila matang sporangium akan pecah mengikut fisura ini dan spora dilepaskan untuk pembiakan.sporangium ini bebentuk seolah-olah bunga dan kerana ini ia dipanggil flowering fern dalam bahasa inggeris.Selain mempunyai nilai perubatan yang tinggi paku pakis ini merupakan sayur dan ulam yang menyelerakan.

Khasiat dan kegunaan
Bahagian yang digunakan: akar,rizom keseluruhan bahagian pokok diatas permukaan tanah. Perubatan china menggunakan herba ini sebagai penawar demam(antipyretic, 1. Mengubat penyakit batuk rejang.Rizomnya ditumbuk hingga halus dan dikunyah bersama pinang. 2. Berak berdarah(disentri).Akarnya ditumbuk halus dan direbus. Air rebusan ini ditapis, disejukkan dan diminum. 3.Lemah syahwat. Keseluruhan pokok ini termasuk akarnya direbus dan air rebusan ini diminum.