Tags

Apa Itu Hakmilik Strata?

Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau

Rumah Flat - Strata Title

blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.

Hakmilik strata mulanya telah diperkenalkan pada 1966 melalui Kanun Tanah Negara Malaysia 1965, untuk meningkatkan perundangan bagi pemilikan bangunan berbilang tingkat. Sebelum ini ia dikenali sebagai hakmilik subsidiari dengan rujukan bangunan yang didirikan di atas tanah berimilik. Pada pindaan 2007, konsep hakmilik strata telah
diperluaskan bagi kegunaan petak-petak tanah di atas tanah berimilik.

Skim hakmilik strata mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara ‘self-governance
oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium, rumah Bandar, kompleks komersil, GACOS dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tanggan, bumbung, taman dan sebagainya.

Glosari Hakmilik Strata


PETAK

Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.

AGREGAT UNIT SYER

Jumlah unit syer bagi petak-petak (termasuk blok sementara).

KELAYAKAN UNIT SYER

Setiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer bermaksud semakin besar unit syer makin
tinggi caruman yang dibayar.

HARTA BERSAMA

Kawasan tanah dan bangunan di dalam skim strata yang tidak terdiri daripada petak atau petak aksesori.

PERBADANAN PENGURUSAN

Terdiri daripada pemilik-pemilik petak di dalam skim strata. Ia terbentuk secara automatik bila hakmilik strata didaftarkan melalui Buku Daftar Strata.

PETAK AKSESORI

Di dalam skim strata, unit yang digunakan bersama-sama petak.

KUMPULAN WANG PENGURUSAN

Caruman dibayar ke dalam kumpulan wang ini untuk menampung perbelanjaan harian perbadanan pengurusan seperti elektrik, insurans, penyenggaraan dan pembaikan harta bersama dan lain-lain lagi.

AKAUN KHAS

Caruman yang dibayar ke dalam akaun ini untuk menampung perbelanjaan lain (periodic account) seperti
penggantian dan penukaran seperti mengecat, permaidani tangga, sumbangan untuk menampung perbelanjaan luar jangka dan lain-lain.

AGENDA

Senarai usul yang diundi semasa mesyuarat.

UNDANG-UNDANG KECIL

Undang-undang yang diwujudkan dalam Jadual Ketiga, Akta Hakmilik Strata 1985 yang perlu dipatuhi oleh penduduk (pemilik dan penyewa). Ia boleh ditambah dalam mesyuarat agung perbadanan pengurusan. Semua undang-undang kecil tambahan tidak sama, adalah dinasihatkan untuk menyimpan salinan undang-undang kecil sedia ada bagi skim strata terbabit.

KEGUNAAN EKSLUSIF

Merupakan hak istimewa yang diberikan kepada pemilik untuk menggunakan sebahagian harta bersama seperti kegunaan khas tempat meletak kenderaan yang terletak di atas harta bersama.

AHLI-AHLI MAJLIS

Dipilih mewakili pemilik petak. Pemilihan dibuat pada mesyuarat agung tahunan. Kuasa untuk ahli-ahli majlis terhad seperti dikenakan oleh perbadanan pengurusan.

MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat pemilik petak dan pihak-pihak berkepentingan (seperti daftar strata) yang dimaklumkan melalui notis panggilan mesyuarat. Perbadanan pengurusan dikehendaki mengadakan mesyuarat sekali dalam setahun.


Panduan Pengurusan Stratum

  1. PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
  2. PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN PENGURUSAN TANAH
  3. PANDANGAN AM PENGARAH STRATA


sumber: http://www.kptg.gov.my