Pucat gigi & gusi aku pagi2 ni jam 9.00 pagi 13-01-2010 di kaunter 13 dengan nombor giliran 2009.

selepas aku sorong borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan…’mintak IC cik’..ujar gadis tu.

Aku terkejut bila tiba-tiba gadis tu kata “eh encik ikon ni dah tak mau keluar…”. ‘Ye ke?’ balas aku.
‘a ah..tak apa..biar saya cek dulu…errrr..encik pernah buat pengeluaran ke sebelum ni? tanya gadis manis di kaunter 13 tu.
‘Pernah..2 kali…dua – dua nak langsaikan hutang’ jawab ku.

‘dah tak boleh keluar lagi la encik..saya pun tak boleh tolong..tapi encik boleh mohon buat pengeluaran bulanan untuk cover bayaran ansuran bulanan’
‘tak apalah’ balas ku…’nampaknya saya kena cari ahlong ni nak guna duit bayar hutang saya pinjam wang untuk bayar 10% ni’…aku pun berlalu keluar.

Itulah antara bait-bait perbualan aku dengan gadis kaunter 13 di Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut.

Aku tak boleh keluarkan wang dari Akaun 2 kerana dah digunakan 2 kali.

Aku tak tau dah nak cari sapa ni nak pulangkan duit abang aku. Dulu aku janji nak bayar balik lepas dapat keluarkan wang dari KWSP – tapi rancangan aku dah gagal ni.

Ada ke ahlong nak bagi aku pinjam kejap? tapi aku nak bayar dengan apa? ahlong ni deal dia pelik sikit – dia suruh bayar installment bulanan, tapi tak akan habis hutang selagi kita tak bayar selepuk [bullet payment] pinjaman yang kita ambik. Byr bulanan tu dikira sebagai bayar bunga/faedah sahaja.

Entahlah – aku dah bingung ni!!