Al-Quran Sebagai Terapi

TERAPI AL-QURAN

Perbanyakkan membacanya menghindar gangguan jin/makhluk halus.
kalau berpeluang pasti dia akan dengar 24 jam surah-surah ini di samping ayat-ayat ruqyah yang sedia ada.

Surahnya adalah:

SurahYaasin
Surah ad Dukhaan
Surah as Soffat
Surah al Jin

Surah-surah ini hendaklah di dengar sekuat dan sekerap mungkin!

___________________________________________________________________

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa.

______________________________________________________________

surah Ali Imran ayat 200

Dibaca 3 kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila,

niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.InsyaAllah pasangan anda tak akan kahwin lain lagi.

Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati

Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan lembut hatinya mengikut kita.

Al Fatihah: 1-7 – Supaya hatinya terbuka untuk kita

Ali Imran: 31 – Supaya kasihkan kita

Yusuf: 4 – Supaya ikut kata

Thahaa: 1- 6 – Supaya hatinya lembut untuk kita
Rum: 21 – Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumah tangga

Fussilat: 29 – Supaya akur kepada kita
Al Hasyr: 21- 24 – Supaya hatinya lembut

Al Insyirah: 1-8 – Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur. Tiup 10 saat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi. Jika boleh diberi minum terus lebih baik.

Doa:
Supaya lembut hatinya untuk kita
‘Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid”
Makna: Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.

Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s