CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot)
untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan
dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda
telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.
Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan
tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut
boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna
anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana
ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah.
Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila
kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih keci Kunyahlah makanan kepada cebisan
lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya
sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi
anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan
membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh,
usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus
oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman
yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,
mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya
meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,
didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja
meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh
adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi
karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar
dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda
makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan
perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan
kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda
kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.
Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya
dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar
motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.
Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh
menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh
menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari
minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan
piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru
nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran
yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program
tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu.
Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi
anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai
kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut
kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli
makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera
harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar
memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan
lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan
hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek,
dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32
kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak
melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik
tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas
yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi
yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang
anda minum boleh menurunkan
berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi
setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air
sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air
minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini
boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan,
berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali
sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan
anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.
Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan
tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda
akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau
Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua
ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di
perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan
sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang
telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.
Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi
kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat
mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan
kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam.
Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah
petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini
dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah
dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3
kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan
mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat
mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje,
sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan
setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi
untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya
ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti
masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci
muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak
hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada
kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan
dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah
anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan
sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda
akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata
sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba
lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan
menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3
helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir
pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan
menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok,
ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi.
Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan
ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan
sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.
Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak
seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya
merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah
ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik.
Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ).
Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu.
Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan
beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir,
Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan
cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan
kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan
pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan
berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum
pada setiap pagi insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi
kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit
muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran )
dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil
berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan
selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat
seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik-
bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan
beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkan nya…Semoga anda berjaya dan
selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh
muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu
setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan
lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari
telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi
disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya
ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia
akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca
Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35
tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi
) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun
pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa
amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh
badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda
sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat
mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya
ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas
solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga
teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar
anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.
Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask
selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga
basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi
seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat
pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka,
amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan
kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan
memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita
mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam
– ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga
selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi
kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti
nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang
lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada
bulu mata dan kening anda. Insyallah……lakukan berulang-kali untuk
mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji
asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam
insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah
anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada
batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama
nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga
tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah
direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu.
Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin
bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga
lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya
sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan
sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum
air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari,
selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi
akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira
tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang
semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita
kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa
rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup
masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam
ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat
menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan.
Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang
dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap
oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau
tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit
kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan
awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil
makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika
makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari
berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan… insyallah gastrik akan
hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu
subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga
kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta
banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan
selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan
batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi
suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru
hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang
tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit
batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama
buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas
bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan
kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin
Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak
rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus
maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada
setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus
atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu
bulan.