Mungkin ramai di antara kita yang sudah mendengar atau membaca mengenai
artikel ini. Saya paparkan di blog ini, mudah-mudahan kita mengambil iktibar
dan mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala penaung alam semesta.

Firman Allah S.W.T : *“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang
hidup” *(Surah Al-Anbia, ayat 30 )*

* Maha suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini!
Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan
menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (*air*) ini adalah 72%
dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci
kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan
AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan
perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali
kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh
merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan
kata-kata dan juga dari hanya niat kita (*tanpa kata-kata*). Itulah
keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam
mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan
mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat.
Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat
menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom
oksigen dan dua atom hidrogen.

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan
tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari
mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan
sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron
dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal
segi enam yang indah.

  Percubaan diulang dengan membacakan kata, “*Arigato (terima kasih dalam
bahasa Jepun)*” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat
indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “*Arigato*”.
Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “
*setan*”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal
muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal
hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “*peace*” di
depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan
indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan
lima cabang daun muncul berkilauan. *Subhanallah*!

Mata Air Zam-Zam

Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof.
Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian
yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah,
berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya
bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan
yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “*Itu
molekul air zam-zam, air yang paling mulia*”. Prof. Emoto menggangguk “*Saya
tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi
memang benar itu adalah molekul air zam-zam*”. Dr. Emoto akhirnya
mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin,
Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York
untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air
boleh ”*mendengar*” kata-kata, “*membaca*” tulisan, dan boleh “*mengerti*”
pesanan.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia
membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari
merata dunia diambil dan diperiksa akan “*kehebatannya*“. Kamera
berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang
terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan
juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah
Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan
pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (*segi
tiga*). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia
tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan
padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk
agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di
Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh
merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada
waktu-waktu yang tertentu.

Molekul Air Zam-Zam

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di
bawah 4 penjuru (*4 segi*) bentuk Kaabah ada terkandung *rahsia air yang
bersifat Alkali*. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat
jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di
tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk,
angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita
dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil
Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya
menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka
dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan
segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air
ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah,
apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka
dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi.
Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku
*resonan* (*pusingan dengan geseran sesama manusia*) maka penyerapan
dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia
hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu
hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis
teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian
manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada
menyatakan bahawa saintis mendapati apabila sperma dari lelaki memasuki
ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak
7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan
telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan
jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh,
penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru
sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha
Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang
disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja
kerana “*alam pada diri manusia*” itu jauh lebih besar dan memegang segala
rahsia luaran dan dalaman.

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan
tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air.
Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan,
daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia.
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air
wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.
Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid
selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh
itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta
jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus
melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Wallahua’lam..