AIR KHATIRA

Bahan-bahan

½ cawan khatira
½ cawan biji selasih
10 biji kembang semangkuk
1 tin susu cair
6 – 8 c2 cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan awan air masak

Cara untuk Bahan Sirap
1. Campurkan gula, air dan daun pandan dan masak sehingg gula larut. Ketepikan. Boleh juga kita buat sirap gula ini terlebih dahulu.

Cara untuk membuat Air Khatira
1. Untuk Khatira – direndam semalaman dan dibuang segala kotoran dan dibilas beberapa kali dengan air bersih dan dituskan.
2. Untuk Kembang Semangkuk – direndam semalaman, buang biji dan segala kotoran dan kulitnya. Ambil isinya dan bilas dengan air bersih beberapa kali dan ditoskan. Ketepikan
3. Untuk Biji Selasih – direndam didalam air panas sehingga ia kembang dan toskan.
4. Masukkan khatira, isi kembang semangkuk dan biji selasih kedalam jug. Tuangkan susu cair dan sirap gula yang telah disediakan. Masukkan air masak. Dikacau rata.
5. Akhir sekali masukkan beberapa ketulan air batu(jika perlu)

Jika anda ingin buat Air Khatira berwarna hijau, titikkan sedikit pewarna hijau dan boleh anda campurkan isi buah avocado kedalamnya. Untuk Air Khatira Bandung, boleh and gunakan Sirap Rose dan susu cair sama seperti kita buat Air Bandung.

Anda boleh mendapatkan khatira di kedai orang India, ia juga dikenali dengan nama Karaya Gum. Kembang Semangkuk ada dijual di kedai sinseh.

Resipi Pn Zaidah

AIR KATHIRA.

UTK. SYRUPNYA…
2 CWN. GULA + 3CWN. AIR
1 HELAI DAUN PANDAN- DIMASAK SAMPAI MENDIDIH..TUTUP API.

BAHAN2 ISINYA…
1 CAMCA BESAR KATHIRA (boleh didapati dikedai2 india. Rupanya seperti
tepung- direndam 1 mlm. k’dian ditapis dan dibilas. stlh itu dimasak dengan
air dan ditapis lagi.)

10 KEPING KEMBANG SEMANGKUK – direndam sampai kembang – buang bijinya – ditapis dan dibilas dengan air masak, k’dian tapis lagi.

1CAMCA BESAR BIJI SELASIH – RENDAM SAMPAI KEMBANG DAN TAPIS.

1TIN SUSU CAIR = 410ML.  DICAMPUR DENGAN SYRUP TADI DAN + 6 CAWAN AIR + 1 STEH AIR MAWAR (1 titis esen ros) …DIDIHKANLAH SEKEJAP ATAS
API.

CARA MENGHIDANG…MASUKKAN SELASIH, KATHIRA DAN KEMBANG
SEMANGKUK KEDALAM MANGKUK DAN TUANGLAH CAMPURAN SYRUP TADI KEDALAMNYA.
MASUKKAN KETULAN AIS JIKA SUKA SEJUK DAN AIR KATHIRA NI SESUAI JUGA DIMINUM SUAM-SUAM.
kALAU NAK SEDAP LAGI BOLEHLAH DICAMPURKAN JUS LEMON BARLI.