Mai Belajaq Loghat Kedah

PERKATAAN SEBUTAN MAKSUD CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang…
seluloi [se.lu.loi] kerap kali Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu…
meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni [gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup [gha.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!
ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyuloq [nyu.loq] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!
buloq [bu.loq] lapar sangat Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..
taboh [ta.boh] pukul/ belasah Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah [ghe.lah] terkoyak Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih [ghu.naih] cungkil/ kupil Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek [ge.ghek] basikal Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!
mod [mot] bawak pembonceng/  penumpang Jat dok mod Nuri pi mana tuu…!? Sakan depa noo…
sakan [sa.kan] hebat/ tak sangka Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh [se.keh] luku secara sipi Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih [se.ne.ghih] selisih Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!

Meghenin – tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi

Cemuih – bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari

Menyeghok – sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi

Menghenyeh – gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menghenyeh kat cik putih tu

Ndoi – buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia

cheme – pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin

seneghih – berlaga sipi-sipi – pintu gheta pakmid calaq sbb seneghih ngan lori aih

beghetoh – berlaga, tersentuh – habih kulit dia jd gatai sbb beghetoh ngan pokok keladi blakang ghumah..

pengkaq – jalan mengengkang sikit, “korie tu, tak padan ngan kaki pengkaq, ada hati nak main bola 7 sebelah”

mandom – lembab/slow, ” awat yang mandom sangat ni… tak cukup tidoq kot semalam?”

pangkin – benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh”

cunggit – “misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi”

ayam piru – ayam belanda/turkey

pak/mak/anak menakan – pak/mak/anak saudara

ketoq – bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

Heliaq – sapu atau lap

ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.

Kelepiaq – elakkan diri dari buat kerja.

ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.

Melingkaq – maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.

Baloq liat – malas

ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.

Ceghin – tegak –selalu dikaitkan ngan bebulu.. bulu ghoma, rambut..

Kughuih Kiang – teramat kurus.

ayat dia : korie tu dah la kughuih kiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.

kawaq – pencuri

melewaq- merayau/melilau

teqhebe – lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati…

cemerkap – tak cermat

megheben – mengarut

celuih – muat,padan

oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg..

idup kedah!!kedah boleh!!

Hinggut – goyang  “oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi…. maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh…”

meghenyut – (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)

bincut – binjul “tu dia la… kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu”

pancat – pancit

klesen – mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku gelak sampai pecah peghut…. aku ingat laa… “klesen” ni orang Hutan Kampung saja yang sebut kot?… he he he jangan habaq kat bini aku, takut kena tidoq luaq)

segagan – sebaya

beghemba – bersaing-saing… “Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang” mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin….

met ngot – lembab selembab-lembabnya…. Awat la yang met ngot sangat ni….. depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu….

Toyu – kicap

segan – malu

beghanda – serambi

mengoit – jangan dok mengoit…. satgi gambaq tak elok… kata ustad kat matbed…

kucai – kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)

melugai – meloya

tambahan loghat perelih :

mengkait petei = jolok petai

surat abeik = surat khabar

hang nak mulih no = hang nak mampuih ka

loghat kedah versi paksu aku :

akanduri akandara = kenduri kendara

hastum = oiii

taik punai @ taik kanna = haram jadah, loklak betui

atah = bapa saudara

puluit – pulut

kasuit – kasut

kelih – perasan

loghat kedah biasa :

raba = pemadam

tui motor = race motor

segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)

gurmit = pengasah pensil, sharpenner

tepeqheluih – kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang…

tegelinchaq – kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau…(bukan caarq no)

telepaih – i) tertinggal – atan telepaih bas nak balik aloq setaq…

pot – tin…

peqhak peqhak buih laa hang niii…

teqhandaih – terhantuk…

seqhoi – nasi yg whit3 masak seqhoi

teghan – teran

seghoh  = kuruih + gelap

kelam = gelap

tirih = bocoq

plantaq = tempat duduk kat belakang gerek

seghondoi = sondol/terpa

ayat:- hang jgn dok senghondoi tak tahwan hala.. satgi kot ada temingat ka.. ulaq ka…

lau ayam = reban ayam

cekendon = lembut lutut

ketayap = kepiah

ban = batas tepi sungai

aih ketoi = ais batu

ghelai = hancur

LORAT PENANG

punggah = macam musnah la kot / lingkop

chempegha = terhegeh hegeh

juah = belagak

merak buih = suka menunjuk

jogha = macam belagak gak la

sighu = penin

loghat – sibuk, penyibuk

cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..

punggai – baling,membaling

tongkoi – tongkol kayu

ayat:mat bed kena punggai dengan tongkoi kayu..padan muka dia.

keleboq – lumpur

ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi…

meghela – gatai,suka dok kacau orang

ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?

lengai – mat ngot,lembab

ayat:atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh…

belengaih – melekat bergetah

ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

pengkaq – kaki kenkang

ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.

bedengkoi -….

ayat:urat perut pak leh “bedengkoi” sebab dia mengeliat.

heghot petot susunan atau urutan tak sama / lintang pukang / senget

ayat: Mat Dengkoi maghah kat anak penakan dia sbb susun bata heghot petot

ghelin-menjeling

ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je…minat kot?

Nghenyek – keadaan yg remuk / hancur

Nangoi – budak² mentah..

—————————————————————————————————————————-

1 ghe-ngau – cakar
2 se-qheyat – reda/ surut
3 hambat – kejar
4 pe-qhembang – bidik (aim)
5 contiang – lukis
6 ligan – kejar
7 cemuih – bosan/jemu
8 tokak – gigit
9 gey-ghek – basikal
10 gon – cerun (bukit kecil)
11 belemoih – comot/ kotor
12 tetomoih – tersungkor
13 ku-tey – cubit
14 tak dan – tak sempat
15 hebiaq – celupar
16 maneh melecaih – tersangat manis
17 Lincun/lencun – basah
18 lokoih – kuyup
19 kawaq – pencuri
20 kanyaq – mentah (berhingus)
21 ketegaq – degil
22 he-ghot petot – senget benget
23 me-ghela – gatal
24 log laq – cemekap/ cuai
25 hawin – pusing
26 punggai – baling/ lempar
27 tengalong – tuju/ baling
28 me-ghe-kah – Kupas/ koyak
29 ayaq achaq – air longkang
30 ha-ghin – hancing