Petikan dari blog KeretaMayat

(untuk warga denmark dan seluruh warga dunia yg membencinya)

Kasihan umat islam sekarang..berdoa ntahapapanthah!(termasuk aku kadang2)

Ada yg mintak panjang umur…
Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!

Ada yg mintak nak makan banyak….aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 tan seharí korang tahu?

Ada pulak yg mintak rumah besar…he he he
kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ‘ziarah’.

Nampaknya manusia tak sedar yg mereka ni nak jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak payah baca…aku bukan ustaz, memang korang boleh hujah@pertikai apa yg aku kata nih…

Ada pulak yg nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramaipun 4 jer…kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !

Yang ni lain cerita pulak, belajar ugama supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku ‘shor’ jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!…ada pulak yg doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik….argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang duduk dalam air…

Tapi semua yg di atas tu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyah, aku nak cerita hari ini…org yg doa supaya Allah turunkan Bala kat org kafir, doa LAKNATkan org kapir..mereka dah lah mati masuk neraka, korang pulak doa cam tuh…kasihan..kasihan…

Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala?
Selepas 980 tahun buat daqwah…,
korang doa bala2 nih dah berapa lama daqwah kat org kapir tu?
Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh tanya camne nak buat kapal, pokok takde? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pulak Allah bagi peluang kat org kapir ni untuk taubat korang pikir2kanlah…

Nabi Yunus a.s pulak,bila dia doa bala?Allah bagitahu buat daqwah lagi 40 hari , hari yg ke 40 Allah turunkan bala…

pendek cerita hari ke 39 nabi Nuh dah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan,
dicampak ke laut yg hitam pada malam yg gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan(ikan makan ikan)…
pendek cerita lagi…
dah ikan tu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari, Allah perintahkan pulak Nabi Yunus buat bikar@pasu@tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi Yunus ambil masa siapkan pasu tu , maklumlah Allah suruh..bila Siap, bukan main cantik dan besar pasu tu…Lepas tu Allah perintahkan Nabi Yunus pecahkan pasu tu! Terkejut Nabi Yunus as…Allah buat perumpamaan lebih kurang..
adakah aku cipta org kapir itu untuk dibinasakan?…

Jadi korang semua…Adakah korang ingat Allah cipta org kapir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Org kapir duduk neraka tingkat ke-3, org yg berpura2 islam duduk neraka bawah sekali!(naudzubillah)

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kapir mati semua org islam berdosa tau! Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka…

Aku jika sempat tengok ‘bersama-mu tv3’, kalau org islam susah, aku takde hal, tapi kalau org bukan islam hidup susah dan merempat, aku dan isteriku sama2menangis..kasihan, atas dunia dah macam tu, akhirat ? isk..isk…( mereka ‘perwira’ di medan derita-neraka-)

INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kapir….sekarang siapa yg terinaya:
kita org islam ke atau mereka org kapir?
mereka org bukan islam telah di zalimi oleh org islam kerana tak menyampaikan daqwah kepada mereka…sebab tu bila org islam perang dengan org kapir-org kapir menang-sebab mereka telah di zalimi-org islam tak daqwah mereka…

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, dll. Tapi bila perang Amarika-iraq, Amarika-afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yg tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong org islam? Ingat dalam sejarah islam kemengan hanya apabila Allah bantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak daqwah pada org kapir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak berperang dengan denmark, dah berapa lama buat daqwah kat mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..

Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat daqwah 3 hari dulu, kalau mereka tak nak suruh mereka bayar “macam zakat”..kalau tak nak jugak ,HA! Baru serang!!!

Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaum (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…

Aku tahu korang tengah marah, aku pun marah gak bila mereka lukis karekator Nabi sampai cam tuh…Tapi kalau nak marah, marahlah kerana Allah, bukan nafsu..

Marahlah cara Nabi kita marah…

Macamana?

Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud)
Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH….
(Nabi ulang 3 kali)

“ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH”
(hadith)

Maknnya marah memang dah ada Cuma korang kena telan marah…!
TAPI bila korang telan marah sahaja korang akan dapat penyakit2 lain..(pulak…)
Org melayu ramai kes macam ni, bila marah, dia telan, siap senyum tu, tapi lama2@lama kelamaan datang penyakit baru iaitu AMUK!
Kes Hang Jebat!
Pasir Salak!
Sultan Mahmud mangkat di julang!
Bla la bla!

Jadi bila korang dah telan marah korang kena buat dua perkara lagi iaitu:
Maafkan dan bagi hadiah, amacam boleh?

Aku ulangi:

3 CARA MENCEGAH MARAH:

1.Telan Marah

2.Maafkan.

3.Bagi Hadiah.

Apa! Korang ingat aku reka semua ini, ada dalam hadith tau!

Cerita 1:

Bila Nabi lihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?
Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kapir macam tu juga….
Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”.

(((Ha! Untuk org yg bergaduh, bila aku mintak maaf, tak nak maaf, bila aku cakap:
“lagikan Nabi ampunkan umat”, korang siap jawab;”
“Itu Nabi, nabi lain, taraf dia tinggi”
Woi manusia!, (aik? Marah nampak)Nabi yang takde dosapun nak lebih baik, nak maafkan, apatah lagi korang yang bergelumang dengan dosa!(termasuk aku), jadi:
maafkanlah aku wahai kawan,
maafkan aku wahai mahluk tuhan…
Arghh! Kalau semua kesalahan boleh di maafkan hanya dengan ucapan maaf,
APA GUNANYA BALAI POLIS?
Lantak engkau lah!, kau tak nak sory aku naik lorry…)))

Sambung balik, Apa Nabi buat?

1. Nabi Telan marah….(semua dari Allah)

2. Nabi maafkan Hindun yg buat kerja2 tuh?

3. Nabi bagi hadiah kepada hindun berupa doa hidayat…

Akhirnya Hindun masuk islam dan pembunuh Hamzah r.a. juga masuh islam.
Hindun yg pernah bersumpah tak nak masuk islam cakap:Bukan aku yg masuk islam tapi islam yg telah masuk ke dalam aku…

(Subha naAllah)

Cerita 2.

Nabi di baling batu di taif(rujuk:Apa itu hijrah?)
Apa Nabi buat.

1. Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah2)

2. Nabi maafkan org Taif(Malaikat offer nak datangkan bala-Nabi tolak)

3. Nabi bagi hadiah berupa doa hidayat…dan akhirnya anak org2 taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah daqwah ke Asia..(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)

Cerita 3.

Seorang sahabat kematian anaknya akibat hamba sahayanya dengan tidak sengaja telah tertumpah air panas. Lihat apa sahabat buat:

1. Sahabat telan marah(pada mulanya dia memang nak marah, tapi bila dia lihat hamba dia menangis dan berkata”maafkan hamba, tidak sengaja” maka dia tahu semua ini adalah dari Allah.

2. Sahabat maafkan Hambanya.

3. Sahabat bagi hadiah iaitu kebebasan…

Di beritakan Sejak sahabat2 Nabi amalkan hadith ini, bilangan hamba2 semakin berkurang dan akhirnya tiada terus….

Cerita 4.

Seorang hamba Allah telah lakukan banyak kesalahan dan Hamba Allah ini hanya ada iman sebesar zarah.

1. Allah hilang Murka bila hamba ni bertaubat(walaupun dalam neraka)

2. Allah ampunkan dosa dia

3. Allah bagi hadiah iaitu shurga….(yg luasnya 10 X dunia! Punya besar)

Cerita 5(bukan hadith)

Isteri aku baru saje mandikan anak, sementara dia mengambil kelengkapan bayi aku bermain dengan anakku(bukan bergurau antara pusat dan lutut!).tiba2 anakku pancut air kencingnya ke muka aku! Mari kita lihat apa aku buat:

1. Aku telan marah(bukan telan air kencing hmmm ape ni rasa masin2..isk..)

2. Aku maafkan dia (alah…bebudak)

3. Aku bagi hadiah iaitu pampers dan susu dan dodoikan dia tidur dengan menyayi beberapa buah lagu…(kira hadiahlah sebab pampers dan susu aku beli kat Giant: peneraju harga terendah he3)

Karang tak setuju?

Korang tak nak bagi hadiah?

Kalau tak nak bagi hadiah janganlah marah!🙂

Banyak lagilah cerita2 yg korang dan aku boleh ambil iktibar, kalau korang ingat masa Nabi dan para sahabat nak gi Haji tapi org kapir sekat tak bagi masuk dan buat perjanjian ‘hudaibiah’….lepas tu bila tanda tangan mereka org kapir tak nak tulis perkatatan Pesuruh Allah yg membuatkan sahabat meradang, tapi Nabi ‘kool’…lepas tu Nabi suruh sahabat patah balik, korang bayangkanlah jalan kaki dari johor bharu ke KL lepas tu kena patah balik, tapi nabi ‘kool’…bila Nabi botakkan kepala, barulah sahabat2 faham kesungguhan Nabi dan mereka2 yakni para sahabat telah mencukur rambut mereka sampai berdarah2 kerana menahan marah….telan marah…maafkan….dan perjajjian itu telah di anggap ‘hadiah’ oleh org kapir..macam berat sebelah, tapi Allah Maha Mengetahui…

Antara perjanjian itu adalah: Gencatan senjata.

Tidak boleh berperang, maka barulah org islam dapat bergaul bebas ngan org kapir,

Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdaqwah di mekah 313 org je yg ikut gi perang badar, lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 10 ribu sahabat nak pergi haji…tapi lepas perjanjian tu beberapa tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 124 ribu org…kenapa?

Kerana akhlak orang islam bagus-bagus, org kapir datang madinah terus terkesan…tapi hari ini, akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan…Org kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam org islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata2…

Org kapir takut org islam hampir pada mereka, takut kat badan org islam ada BOM!

Penutup..

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Umar yg nak bunuh Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Khalid yg membunuh 70 org islam dalam perang UHUD…

Ya Allah berilah Hidayat pada Hindun yg makan hati Saidina Hamzah…

Ya Allah berilah Hidayat pada Penduduk Taif yg baling batu pada Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Supian yg banyak menghina Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Denmark, Amerika..dll

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg tulis blog nih…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca blog nih…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg menghina Nabi

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg laknat mereka yg menghina Nabi

Ya Allah berilah Hidayat pada Seluruh umat

Kekalkanlah aku dalam hidayat..

Jadikan aku asbab hidayat

Amin…


Ps: Bertaubatlah sebelum menjadi mayat…kalau korang marah kat aku pasal tulis dalam blog ini, korang kena telan marah, lepas tu maafkan aku dan yg paling best:
KORANG KENALAH BAGI HADIAH HE HE HE…