Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai air gau manakala sebahagian lagi belum pernah mendengarnya. Menurut ustaz Sobri bin Mat, air ini ialah air anugerah.

Tuan guru Hj. Mohd Baqi Othman yang mengasaskan sebuah pondok di Kg. Sungai Gau, Temerloh Pahang telah menemui sumber air ini setelah beberapa tahun membuat solat hajat kerana pondoknya tiada sumber air. Air ini telah ditemui lebih 20 tahun lalu iaitu sekitar penghujung tahu 1980-an. Pada mulanya digunakan untuk kegunaan pondok tetapi sekarang telah dikomersilkan.

Air ini telah juga diuji secara saintifik tetapi kandungan  pepejal terlarutnya (TDS) tidaklah dapat menandingi air zam-zam. Bacaan TDSnya hanyalah 284mg / liter. Walaupun rendah ianya telah melebihi beberapa TDS air mineral yang berada di pasaran Malaysia. Dan selain itu air ini bersifat alkali. Bacaannya Ph ialah 7.9. Dan yang paling menarik ialah rasanya seolah-olah air zam-zam. Hampir semua orang yang pernah meminum air zam-zam menyatakan perkara ini. Air zam-zam juga adalah beralkali dan Phnya ialah 13. Tiada tandingan di dunia ini.

MINERAL PENTING AIR MINUMAN GAU
Kalsium (Ca)
  • Kalsium (Ca) sangat penting dalam proses pembentukan tulang dan gigi
  • Ca juga amat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot
  • Ca turut meningkatkan kandungan pH dalam tubuh serta menjadikan tubuh lebih beralkali
  • Ia juga menggalakkan sistem imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bakteria
  • Medium beralkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bakteria

Magnesium (Mg)

Kalsium tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran magnesium. Pengambilan kalsium bersama dengan jumlah magnesium yang sesuai dapat membantu menstabilkan kondisi badan serta menjadikan anda lebih bertenaga.