Hilangkan perasan gemuruh dan gementar anda, berucaplah dengan tenang dan yakin.

Mungkin anda boleh memperbaiki lagi kaedah pengucapan dengan bantuan rakan-rakan yang mahir serta berpengetahuan. Sekiranya sukar menemui rakan yang sedemkian, anda boleh menganggotai kelab-kelab atau persatuan yang ditubuhkan bagi membantu ahli-ahlinya menguasai dan meningkatkan tahap pengucapan awam.

Antara kelab yang aktif di Kuala Lumpur adalah Kelab Pidato Perdana yang sangat aktif dalam memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu.