7
SUNNAH PENTING


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin
telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak
betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia,
tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada
kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah
Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya
doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat
qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah,
kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia
akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka
kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada
penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir
berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.