Bismillahirrahmanirrahim…..

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum

2- Isteri/perempuan yang solehah

3- Ketenangan semasa solat

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah

3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran

2- Menyuruh kepada kebaikan

3- Berpakaian sederhana

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian

3- Membaca Al-Quran

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu

2- Berpuasa di musin panas

3- Berperang pada jalan Allah

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

Begitulah kisahnya, sayang betul saya tidak dapat mengingati semua perkara di atas. Inilah tujuan saya menulis artikel ini, supaya nanti saya tidak terus terlupa kerana lalai dengan keseronokan dunia. Ambillah iktibar dari kisah ini, semua kesukaan yang diceritakan di atas boleh dipilih oleh kita untuk menjadikannya amalan kita. Tapi kalau kita tanya rakan  dan diri kita sendiri, apakah 3 kesukaan atas dunia ni…jawapannya mungkin:

1- Kaya

2-Awek…kalu perempuan lak barang hiasan kot…

3- Enjoy!

Ah….jom berubah!

Wallahualam…..