Bila isteri menangis
Ada sedih luka terhiris
Ada berontak perang krisis
Ada sayu jiwa terhiris
Ada singgung dalam gerimis

Bila isteri menangis
Lagunya mesti kau dengar
Kaulah nyawa keliling pinggang
Kaulah tiang dia berpegang
Jangan tinggal dia keseorangan

Bila isteri menangis
Kau perlu di belakang mendokongnya
Usah biar dia sendiri memikul resah
Usah ajar dia sendiri melawan kesah