BAHAN-BAHANNYA :-)
7 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji kentang, dadu dan goreng hingga empuk, toskan
2 keping tempe, dadu dan goreng, toskan
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
40 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 keping pedal ayam muda, cuci bersih, hiris kecil
2 keping hati ayam, cuci bersih dan potong kecil
1/2 inci belacan, bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan jus asam jawa
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang serai, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
1/3 cawan santan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pedak dan hati ayam dicelur sekejap, buang airnya. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng pedah dan hati tadi sekejap. Angkat dan toskan. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan pedal dan hati, jus asam jawa, belacan dan santan. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan fucuk, tauhu, tempe, kentang, cili merah dan hijau, kacau rata dan masukkan kacang panjang. Gaul rata. Tambah soo hoon tadi. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Masak dengan api sederhana hingga sambal goreng sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain…