Ayat
ini  merupakan suatu kombinasi ayat al Quran amalan para waliyullah.
Dan apabila menyelak buku doa Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar
susunan Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki Al Hasani yang diterjemahkan
ke edisi Bahasa Melayu oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki,
Syeikh Fuad telah menyisipkan Qaf 100 ini dalam edisinya.
Sifu saya, Abg Din aka
Tok Belagak pernah menyebutkan tentang Qaf 100 ini kepada saya. Menurut 
tradisi kitab turath, setiap amalan wajarlah diambil secara berijazah
daripada guru atau mursyid yang berhaq dan telah diamanahkan (dengan
tahkik) bagi memastikan wayar persambungan amalan tidak terputus. Antara
yang boleh memberikan ijazah ialah Syeikh Fuad. Ijazah pun ada dua
jenis, ijazah umum, sepertimana memiliki buku doa tersebut dan
dinyatakan oleh sipengijazahnya DAN ijazah Khusus iaitu secara bersuri.
Bagi kategori pertama, amalan hanya bertujukan kepada yang umum sahaja
seperti hendakkan keselamatan dan sentosa, manakala bagi jenis ijazah
kedua iaitu digunakan untuk penyucian hati dan kerohanian wajiblah
diambil secara bersuri.
Qaf 100
Al-Baqarah, Ayat 246
Ali Imran, Ayat 181
Al Nisa, Ayat 77
Al Maidah, Ayat 27
Al Maidah 112-114
Yunus 34-35
Hud 69-72
Al Ra’d  16
Toha  92-96
Al Muzammil 20
Diakhiri dengan DOA AYAT QAF
#Disebut sebagai Qaf 100
kerana ia merupakan kombinasi 10 Ayat  dimana setiap kumpulan ayat
mempunyai 10 huruf Qaf, Maka jumlah huruf Qaf ialah 100 semuanya.
#Fadilat umum,
-pangkat, kedudukan
-menyampaikan hajat
-aman
-sihat