Ada seorang pembaca blog pakar meminta saya mencarikan info berkenaan dengan fadhilat dan kelebihan Surah al-Ikhlas.
Setelah saya belek2 artikel yang saya kumpul selama ini, maka
berjumpalah saya dengan info seperti di bawah ini. Hmm, dah alang-alang
dapat ni, maka ada baiknya saya kongsikan info berguna ini dengan para
pembaca semua. Selamat membaca dan semoga ada manfaatnya. :)

  • Dari Imam Bukhari, diriwayatkan
    daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas
    berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
    Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia
    menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi
    tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
  • Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh
    Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda
    mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata,
    “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda
    menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

  • Sabda-Sabda Rasulullah SAW,
    “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah
    membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
  • Dari Abu Hurairah r.a. – Rasulullah
    SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat),
    maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa
    yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah
    membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al
    Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah
    SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan
    Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW
    bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah
    SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah
    SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia
    menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada”.
    Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat
    Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
    sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
    padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
    seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang
    Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
    Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata
    mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami
    berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki
    mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di
    tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap
    malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail
    A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S.
    ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

Kita dah baca betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang
membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun, kalau kita sekadar tahu saja perkara
ini tetapi tidak amalkan, maka apalah gunanya. Tersangat rugi besar lah
diri kita. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita memperbanyakkan membaca
surah ini. Tapi jangan pula kita hanya pulun baca surah ini, sedangkan
surah2 lain kita abaikan. Tak bolehlah begitu yer.