http://berkatrezeki.com/blog/2010/08/ilmu-membuka-mata-ketiga/

“Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut cakap”

Ni lagu yang dulu-dulu aku pernah dengar. Lupa la pulak sapa
yang nyanyi. Tapi tu bukan masalahnya sekarang. Ceritanya adalah beberapa
manusia pernah email kat aku seperti berikut.

“Bro, camne nak bukak deria keenam”.

Huk aloh, aku pun terkejut. Bukan apa, benda ni bukan
main-main. Takut kite ni tak ready nak tengok benda-benda pelik. Bukan apa,
nanti tengah ko syok makan-makan, tetiba ko ternampak makhluk ngeri tengah dok
bertandang makan nasi orang yang tak baca bismillah. Dah tak pasal-pasal ko
jerit sorang-sorang.

Pada mulanya, saya tidak la setuju untuk mengepostkan amalan
ni <saya la pulak> Tapi bila direnungkan kembali bahawa ilmu ni salah
satu cara untuk meningkatkan iman dan sebagai salah satu cara yang boleh buat
kita lebih percaya pada ALLAH, jadi aku pun post la untuk kita semua. Mana la
tau bermanfaat.. Dibawah ni aku akan terangkan amalan membuka deria keenam.

Sebagai maklumat, deria keenam ataupun orang memanggil ia
sebagai mata ketiga ada di tengah-tengah dahi korang semua. Cuba la tengok kat
cermin lama-lama, nanti ko nampak la mata berkedip kat dahi < heheh
main-main je>. Dan pantang bagi ilmu ni senang je.. Jangan mengamalkan 5 M.
Mencuri, Merogol, Merompak, lagi 2 aku tak ingat. Dalam erti kata lain kena
jaga diri dari dosa, bukan sengaja cari dosa.

DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM

Astaghfirullah al
Azim                  
100x

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad     100x

La hau la wala quwwata illa billah       100x

Ya Allah Ya
Qadim                       
100x

Baca wirid kat atas ni setiap kali solat fardhu. Untuk
mengetahui korang da bukak ke belum mata ketiga korang yang syok tido tu adalah
korang akan mengalami gejala sejuk-sejuk merenyam dan mata korang akan
menangkap cahaya bling-bling cam kat televisyen tu. Itu adalah fenomena mata
ketiga sedang dibuka.

Pastu boleh la ko tengok pontianak hari-hari terbang atas
bumbung rumah ko malam-malam. Hehehe..harap korang jagalah ilmu membuka
mata ketiga ni elok2

<Mata ke mata, hati ke hati>

Anda mungkin juga memi